Crush

Saturday, October 27, 2012

Assalamualaikum..

Wehee, sekian lama aku menyepi. Ni pun short entry je. Aku nak cakap yang aku ada crush. K bye. #gedik

study

Exam

Thursday, October 11, 2012

Assalamualaikum..

Ok, esok aku exam. Aku dah cuba sedaya upaya.
Walaupun aku tak lar baca buku sangat... aaaaaa!
Esok exam, macam tak caya je.
Okbai ESOK EXAM..!

yang nak ambil periksa,
Wani K

Pilih Warnamu

Friday, October 05, 2012

Assalamualaikum...

Ramai budak pompuan yang suka warna lembut lembut like pink, purple and bla3.... Yang pasti warna yang lebut gitu. Macam sangat ayu. Tapi ada gak yang suka warna terang like hijau tua, coklat macam coklat bar tu, and bla3 too. Kalau orang laki, mungkin lah kan mungkin, suka warna yang tampak garang. Eley bajet macho hahaha! Konklusinya, semua orang ada warna kegemaran. Tak kira la dia tu pompuan ke laki ke pondan ke tomboy ke ragu-ragu jantina ke apa ke. What is important, the colour!

Colour represents the personality of the person. Jadi aku nak bawak korang melayari bahtera warna sambil  mengetahui apa yang tersirat di sebalik warna itu. Celikkan mata anda kerana kita akan bergerak sangat. Peshiuuung ~

semua warna ni ada maknanya :P
Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan. 

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Tapi tak semestinya semuanya betul. Anggap je perkara ni untuk suka-suka. Don't take it personally. Kengkadang out terus daripada sifat korang walaupun korang suka warna tu. Haha aku pun gelak sendiri baca ciri-ciri dia... Enjoy 

p/s : nak periksa dah ni tapi nak update jugak, nak jugak, nak jugak!!! haha. bye!

e-class menaip :
Wani K

Contest Blog Siapa Yang Kawaii Tu?

Friday, October 05, 2012

Assalamualaikum...


klik untuk pergi ke blog penganjur

Ni la pertama kali aku join contest dalam blog baru aku ni. Takpelah, saja nak mencuba nasib apabila berasa blog aku semakin comel. Ok, aura-aura keperasanan sangat nyata di situ. Nak elakkan muntah, terus klik kat banner tu eh. Syarat dia sangat mudah dan hadiah sangat berbaloi nak habaq setsiap. Ok, time kasih daun keladi.

mangsa keadaan : Anis Tasnim :PP

yang benar,
Wani K




Nasib Orang Tak Seni

Thursday, September 20, 2012

AMARAN : Kalau tak sanggup baca, close tab cepat-cepat, hehehe... :P

Assalamualaikum... Selamat sejahtera saya ucapkan kepada bla3.....


Aku insan biasa. Ada kelebihan, ada kekurangan. Kekurangan yang nyata ialah aku ni bukan seseorang yang seni. Hahaha, tangan kayu la senang habaq. Kadang-kadang, jeles woo tengok orang seni. Pandai lukis, pandai jahit dan pandai segala-segalanya.... Bila tengok kengkawan aku yang tangan mereka seni-seni belaka, rasa nak curik je tangan diorang tu walaupun aku tahu benda tu mustahil melainkan membuat pembedahan yang akan merosakkan bukan mengeelokkan. Nak ke? Lulz...

Aku kalau bab-bab melukis, memang out laa. Even aku lukis jadi pun, takdelah cantik sangat, muahaha. Biltengok kengkawan seni-seni belaka, rasa nak tanya 'Wey camner hang lukis, ajar sat ajar sat... (sebenarnya nak diorang buatkan)' Tapi muslihat dapat dikesan... Jadi, tangan yang tak seni ni la yang terus melukis secara terpaksa... Maka terhasillah, lukisan terpaksa... wkwkwk

Kalau menjahit, aku pun memang out.. Tambah-tambah lak aku memang tak suka menjahit... Sedih wuuu.. Nak wat camner, orang tak seni... Kena usaha lebih... Lainlah an kalo aku ni berseni... Hehehe. Bila tengok orang len yang pandai menjahit and wow diorang jahit gila ohsem laaaaa, aku pun dengan mata bersinar-sinar memerhatikannya... Ada impian nak jadi cam diorang. Hihihi :P

When it comes to cook, first and foremost I know how to cook MAGGI, AIR DAN NASI. Hahaha. Tapi dah besar sikit, tau la masak. Tu pun tak banyak. Mak tersayang cakap pompuan kalau dia belajar tinggi mana pun, tempat dia kt dapur gak. Betul ka? Hahaha... Tangan orang seni mesti lagi pandai masak yang sedap sedap kan ? Itulah orang seni.... Aku tak....

Tapi sebenarnya aku masih seni... Tahu sebab apa? Sebab aku masih lagi boleh senyum sampai ke telinga (takde kaitan langsung)... Bersyukur dengan apa yang ada maksudnya... Jangan rasa rendah diri sangat.. Hewhew... Smile make your day, so chill ouuuuuuuuut! (^___^)

yang tak seni,
Wani K

Pulanglah Kepadaku, Sayang -,-

Friday, September 14, 2012

Assalamualaikum...


Hye.. :( Sebenarnya aku sedih sangat sekarang nih. Sampai hati ek kau tinggalkan aku. Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni. Kau tahu kan betapa aku sayang padamu? Selama ni, aku jaga hati kau baik-baik, inikah balasan kau. Hancur luluh hatiku bila mendapat tahu kau menghilangkan diri wahai compasses aku yang tercinta. Aku takleh bayangkan cemana aku nak siapkan homework math tanpa kau di sisi. Adakah aku perlu mencari pengganti dirimu? Aku tak sanggup. Aku tak mampu mencari pengganti baru. Yang lain tidak layak untukku! Hanya kau yang mengisi ruang hatiku. Please, come back to me. I need you my dear compasses. I really really really need you. 

p/s : Jiwang tak? Dah la hiperbola nak mampos. K, kalau ada sesape yang ambil jangka lukis aku tu tanpa kebenaran, tolonglah pulangkan balik. Terkejut tahu tak lepas aku balik dari bilik jahit semalam, compasses yang ada atas meja aku hilang. Walaupun ada kaki, aku rasa mustahil dia jalan sendiri. Manusia je yang leh bagi dia jalan. Pulangkan k pulangkan.

she misses you,
Wani K

Kredit Celcom Aku Lesap Camtu Je..!

Sunday, September 09, 2012

Assalamualaikum...


Wahai makhluk tak asing sekalian.... :P Sekian lama tak update, hari ni baru terbuka hati. Tu lah sebelum ni berbelah bahagi sama ada masih nak update di blog lama atau pun tak. Last-last, update kat sini je lah senang kacang goreng... hehehe.

Sebenarnya, aku geram gila ni sebab dah banyak banyak banyak (nak cakap banyak sangat la ni) kali kredit Celcom aku hilang atau ayat ganas lesap macam tu je. Aku tak faham dowh nape jadi camni. Setiap kali aku topup, mesti kurang secara mendadak padahal aku baru guna kemungkinan RM0.01. Terkejut tak? Adios, aku topup RM5,  baru antar mesej kat member tersayang yang pakai Celcom gak, dah tinggal baki RM2.30. Siapalah yang tak panas hati kalau jadi macam ni. Kalau aku topup RM10 lagi teruk, tinggal RM5 je tanpa sebab. Huh!

Aku dok berasa nak tukar pakai SIM baru, konon nak elak masalah ni la kan. Aku rase ramai yang ada masalah cam ni, dan mungkin ramai la gak yang dah taknak guna Celcom. Padan muka Celcom, biar ko rugi!!!! Heheheheheeeeeeee (gelak dalam nada sinis dan kejam). Tak lar kan, orang topup mesti ada hal nak guna. Ni cam pa lagi, tetiba amik kredit orang. Walaupun aku rasa bukan syarikat Celcom yang tarik kredit ni tapi perkhidmatan lain yang ntah pape telan kredit aku, aku tetap marah kat Celcom. Korang punya syarikat takleh nak kawal ke? Tau tak kebanyakan pengguna Celcom dah rugi??? Hesh, geram ni geram sesangat!

Aku ada usha blog to blog yang ada buat entry pasal masalah ni. Yang menarik perhatian aku blog ni lah. Hm, aku nak try lah buat cam dia buat. Dah tak sanggup nak tengok kredit lesap camtu je. Lama-lama pokai lah aku. Entah sapa lah yang vangang sangat kelapaq kredit orang. Nak amik pun duit haram, ish ish ish. Kesian tol. Kalau masalah ni tak selesai gak, hm terpaksalah aku tukar SIM. Bukan apa, aku sayang kot numer Celcom aku. Dah lama aku guna. Lagipun kengkawan banyak tau number tu. Dan aku pun malas nak beli SIM baru, ahahaha. So..... tunggu dan lihat jer lah k. 

ni aku rasa orang yang dah bengang gila sebab
broadband lembap macam........... lu pikir la snirik

Hanya Allah yang tahu betapa sakit hati ni dipermainkan oleh CELCOM. Oooppps... pasrah sangat deh tu..


Yeayyy, I'm part of Pottermore now!

Monday, August 20, 2012

Assalamualaikum... Yo, whats up peminat tegar Harry Potter sekalian? :D

Sebelum memulakan ceghita, rasanya tak lambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Sepatutnya ucap semalam tapi takpelah, dah aku update hari ni, kira halal je lah. Hihihi~ Anyway, I'm not going to tell you about Raya. Saja sesuka hati nak habaq pasal Pottermore. 

Before we proceed, Pottermore ni actually website khas untuk peminat Harry Potter *kot. So, sesiapa yang minat giler dengan citer Harry Potter, bolehlah google website ni eh. Maybe ada yang dah tahu pasal Pottermore ni tapi takpelah, sharing is caring. So, memandangkan aku ni merupakan one of Harry Potter's fans, aku pun dengan celonoknya join Pottermore. Banyak rintangan yang berlaku masa nak jadi ahlinya. Huhuhu. Cam sedih je ayat ko ek.

Aku dah try sign up kat rumah tapi tak menjadi. Tak tahulah kenape agaknya sebab rumah aku takdak aura Harry Potter kot, lulz. Frust siot sebab aku yang try sign up dulu pun tak boleh, tup tup member yang baru tau dah dapat jadi ahli Pottermore. Unfair, huhu. Tapi takpe aku tak putus asa. Try  lagi dan lagi, tapi still takleh. Sampaikan member aku volunteer nak tolong. Terharu sob sob. Er, orang macam aku ni sukakan pengalaman sendiri so aku kata aku nak try dulu. Dan berkat kesabaran tu, hahaha, berjaya gak. :P

Kisahnya bermula semalam. Aku kan balik kampung, so apa lagi, terus menerpa ke arah komputer yang sedikit berhabuk tu. Dan dan dan, yessss! Dapat gak jadi ahli Pottermore. Hm, see? Berkat hari raya dan komputer habuk tu kot ye. Hahaha. Tapi aku still lagi beginner. Need a sifu to teach me. Oit, sifu mana sifu? Tulun dehh. 


Ehem , bagi sesape yang dah ada account Pottermore, add me as ur friend keyh? Jasamu dikenang. Nah, ni username aku. Scroll ke bawah eh. I'm too excited to explore more about Pottermore. If you feel that way too, come join us at http://www.pottermore.com/. Hewhew...

CloakMist8886

Okaylah, enjoy your raya okey. Kumpul duit raya banyak banyak boleh simpan dalam tabung. Don't be like me, mementang shopaholic, dengan duit sekali holic holic. Berjimat cermat amalan mulia. 


Hello world! (^_____^)

Thursday, August 16, 2012

hello dunia !!!


assalamualaikum, hye peeps...

im not a new blogger actually. yes, i'd been blogging for about two years before and i still keep my first blog. so, this is called 'pindah blog' for certain reasons. after this, i will use this blog for everything that i wanna share or tell. indeed i hope that this blog will stay... i'm tired of deleting blogs, hahaha. so, here we go. maybe i need to introduce myself here as i'm not a well-known people. ohgosh, it is true. and i wonder do you really wanna know about me? hihihi, whatever it is, i will try to build up this blog like i'd done before. i don't really know how to create good sentences so that you will enjoy reading my blog. i just hope that i can do that. 

perhaps in the next entry i will type about myself and about this blog too. for now, i have many ideas to type something that can be say interesting too. this is how it will turn when fingers dance. dance? can you imagine. oh, ok stop it. you have went so far from the reality rite now.. by the way, do enlighten me as like i'm a new blogger. woahaaa. can you? thanks, so much thanks <3 <3 <3 ... so, that's all for the first entry. gotta go. wait for my next entries yeahhh. k take care earthlings, bubyep! :D

sincerely,
wani k