Kredit Celcom Aku Lesap Camtu Je..!

Sunday, September 09, 2012

Assalamualaikum...


Wahai makhluk tak asing sekalian.... :P Sekian lama tak update, hari ni baru terbuka hati. Tu lah sebelum ni berbelah bahagi sama ada masih nak update di blog lama atau pun tak. Last-last, update kat sini je lah senang kacang goreng... hehehe.

Sebenarnya, aku geram gila ni sebab dah banyak banyak banyak (nak cakap banyak sangat la ni) kali kredit Celcom aku hilang atau ayat ganas lesap macam tu je. Aku tak faham dowh nape jadi camni. Setiap kali aku topup, mesti kurang secara mendadak padahal aku baru guna kemungkinan RM0.01. Terkejut tak? Adios, aku topup RM5,  baru antar mesej kat member tersayang yang pakai Celcom gak, dah tinggal baki RM2.30. Siapalah yang tak panas hati kalau jadi macam ni. Kalau aku topup RM10 lagi teruk, tinggal RM5 je tanpa sebab. Huh!

Aku dok berasa nak tukar pakai SIM baru, konon nak elak masalah ni la kan. Aku rase ramai yang ada masalah cam ni, dan mungkin ramai la gak yang dah taknak guna Celcom. Padan muka Celcom, biar ko rugi!!!! Heheheheheeeeeeee (gelak dalam nada sinis dan kejam). Tak lar kan, orang topup mesti ada hal nak guna. Ni cam pa lagi, tetiba amik kredit orang. Walaupun aku rasa bukan syarikat Celcom yang tarik kredit ni tapi perkhidmatan lain yang ntah pape telan kredit aku, aku tetap marah kat Celcom. Korang punya syarikat takleh nak kawal ke? Tau tak kebanyakan pengguna Celcom dah rugi??? Hesh, geram ni geram sesangat!

Aku ada usha blog to blog yang ada buat entry pasal masalah ni. Yang menarik perhatian aku blog ni lah. Hm, aku nak try lah buat cam dia buat. Dah tak sanggup nak tengok kredit lesap camtu je. Lama-lama pokai lah aku. Entah sapa lah yang vangang sangat kelapaq kredit orang. Nak amik pun duit haram, ish ish ish. Kesian tol. Kalau masalah ni tak selesai gak, hm terpaksalah aku tukar SIM. Bukan apa, aku sayang kot numer Celcom aku. Dah lama aku guna. Lagipun kengkawan banyak tau number tu. Dan aku pun malas nak beli SIM baru, ahahaha. So..... tunggu dan lihat jer lah k. 

ni aku rasa orang yang dah bengang gila sebab
broadband lembap macam........... lu pikir la snirik

Hanya Allah yang tahu betapa sakit hati ni dipermainkan oleh CELCOM. Oooppps... pasrah sangat deh tu..


You Might Also Like

0 critic(s)