Nasib Orang Tak Seni

Thursday, September 20, 2012

AMARAN : Kalau tak sanggup baca, close tab cepat-cepat, hehehe... :P

Assalamualaikum... Selamat sejahtera saya ucapkan kepada bla3.....


Aku insan biasa. Ada kelebihan, ada kekurangan. Kekurangan yang nyata ialah aku ni bukan seseorang yang seni. Hahaha, tangan kayu la senang habaq. Kadang-kadang, jeles woo tengok orang seni. Pandai lukis, pandai jahit dan pandai segala-segalanya.... Bila tengok kengkawan aku yang tangan mereka seni-seni belaka, rasa nak curik je tangan diorang tu walaupun aku tahu benda tu mustahil melainkan membuat pembedahan yang akan merosakkan bukan mengeelokkan. Nak ke? Lulz...

Aku kalau bab-bab melukis, memang out laa. Even aku lukis jadi pun, takdelah cantik sangat, muahaha. Biltengok kengkawan seni-seni belaka, rasa nak tanya 'Wey camner hang lukis, ajar sat ajar sat... (sebenarnya nak diorang buatkan)' Tapi muslihat dapat dikesan... Jadi, tangan yang tak seni ni la yang terus melukis secara terpaksa... Maka terhasillah, lukisan terpaksa... wkwkwk

Kalau menjahit, aku pun memang out.. Tambah-tambah lak aku memang tak suka menjahit... Sedih wuuu.. Nak wat camner, orang tak seni... Kena usaha lebih... Lainlah an kalo aku ni berseni... Hehehe. Bila tengok orang len yang pandai menjahit and wow diorang jahit gila ohsem laaaaa, aku pun dengan mata bersinar-sinar memerhatikannya... Ada impian nak jadi cam diorang. Hihihi :P

When it comes to cook, first and foremost I know how to cook MAGGI, AIR DAN NASI. Hahaha. Tapi dah besar sikit, tau la masak. Tu pun tak banyak. Mak tersayang cakap pompuan kalau dia belajar tinggi mana pun, tempat dia kt dapur gak. Betul ka? Hahaha... Tangan orang seni mesti lagi pandai masak yang sedap sedap kan ? Itulah orang seni.... Aku tak....

Tapi sebenarnya aku masih seni... Tahu sebab apa? Sebab aku masih lagi boleh senyum sampai ke telinga (takde kaitan langsung)... Bersyukur dengan apa yang ada maksudnya... Jangan rasa rendah diri sangat.. Hewhew... Smile make your day, so chill ouuuuuuuuut! (^___^)

yang tak seni,
Wani K

Pulanglah Kepadaku, Sayang -,-

Friday, September 14, 2012

Assalamualaikum...


Hye.. :( Sebenarnya aku sedih sangat sekarang nih. Sampai hati ek kau tinggalkan aku. Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni. Kau tahu kan betapa aku sayang padamu? Selama ni, aku jaga hati kau baik-baik, inikah balasan kau. Hancur luluh hatiku bila mendapat tahu kau menghilangkan diri wahai compasses aku yang tercinta. Aku takleh bayangkan cemana aku nak siapkan homework math tanpa kau di sisi. Adakah aku perlu mencari pengganti dirimu? Aku tak sanggup. Aku tak mampu mencari pengganti baru. Yang lain tidak layak untukku! Hanya kau yang mengisi ruang hatiku. Please, come back to me. I need you my dear compasses. I really really really need you. 

p/s : Jiwang tak? Dah la hiperbola nak mampos. K, kalau ada sesape yang ambil jangka lukis aku tu tanpa kebenaran, tolonglah pulangkan balik. Terkejut tahu tak lepas aku balik dari bilik jahit semalam, compasses yang ada atas meja aku hilang. Walaupun ada kaki, aku rasa mustahil dia jalan sendiri. Manusia je yang leh bagi dia jalan. Pulangkan k pulangkan.

she misses you,
Wani K

Kredit Celcom Aku Lesap Camtu Je..!

Sunday, September 09, 2012

Assalamualaikum...


Wahai makhluk tak asing sekalian.... :P Sekian lama tak update, hari ni baru terbuka hati. Tu lah sebelum ni berbelah bahagi sama ada masih nak update di blog lama atau pun tak. Last-last, update kat sini je lah senang kacang goreng... hehehe.

Sebenarnya, aku geram gila ni sebab dah banyak banyak banyak (nak cakap banyak sangat la ni) kali kredit Celcom aku hilang atau ayat ganas lesap macam tu je. Aku tak faham dowh nape jadi camni. Setiap kali aku topup, mesti kurang secara mendadak padahal aku baru guna kemungkinan RM0.01. Terkejut tak? Adios, aku topup RM5,  baru antar mesej kat member tersayang yang pakai Celcom gak, dah tinggal baki RM2.30. Siapalah yang tak panas hati kalau jadi macam ni. Kalau aku topup RM10 lagi teruk, tinggal RM5 je tanpa sebab. Huh!

Aku dok berasa nak tukar pakai SIM baru, konon nak elak masalah ni la kan. Aku rase ramai yang ada masalah cam ni, dan mungkin ramai la gak yang dah taknak guna Celcom. Padan muka Celcom, biar ko rugi!!!! Heheheheheeeeeeee (gelak dalam nada sinis dan kejam). Tak lar kan, orang topup mesti ada hal nak guna. Ni cam pa lagi, tetiba amik kredit orang. Walaupun aku rasa bukan syarikat Celcom yang tarik kredit ni tapi perkhidmatan lain yang ntah pape telan kredit aku, aku tetap marah kat Celcom. Korang punya syarikat takleh nak kawal ke? Tau tak kebanyakan pengguna Celcom dah rugi??? Hesh, geram ni geram sesangat!

Aku ada usha blog to blog yang ada buat entry pasal masalah ni. Yang menarik perhatian aku blog ni lah. Hm, aku nak try lah buat cam dia buat. Dah tak sanggup nak tengok kredit lesap camtu je. Lama-lama pokai lah aku. Entah sapa lah yang vangang sangat kelapaq kredit orang. Nak amik pun duit haram, ish ish ish. Kesian tol. Kalau masalah ni tak selesai gak, hm terpaksalah aku tukar SIM. Bukan apa, aku sayang kot numer Celcom aku. Dah lama aku guna. Lagipun kengkawan banyak tau number tu. Dan aku pun malas nak beli SIM baru, ahahaha. So..... tunggu dan lihat jer lah k. 

ni aku rasa orang yang dah bengang gila sebab
broadband lembap macam........... lu pikir la snirik

Hanya Allah yang tahu betapa sakit hati ni dipermainkan oleh CELCOM. Oooppps... pasrah sangat deh tu..